Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, September 18, 2015

PENGAMBILAN MURID 
SEKOLAH BERASRAMA PENUH




Thursday, January 2, 2014

Pengiktirafan SMAP Labu


Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohot 2





Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan


Saturday, January 1, 1983

SEJARAH SMAP LABU

Sekolah Menengah Persekutuan Agama Labu  merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh Aliran Sains  Agama. SMAPL ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman (Allahyarham). Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah agama Islam di Kuala Lumpur. Selepas cadangan itu diterima oleh kerajaan, sekolah itu diberikan nama sebagai Menengah Sekolah Agama Wilayah Persekutuan (SMAWP).  Sejarah penubuhan sekolah ini agak menarik dan unik kerana semasa sekolah ini ditubuhkan ia tidak mempunyai bangunan sendiri.  Oleh itu pelajar-pelajar sulungnya iaitu Tingkatan 1, 4 dan 6 yang seramai lebih kurang 500 orang telah ditumpangkan di Kolej Islam Kelang, Selangor hingga akhir tahun 1982. Ketika itu tenaga pengajarnya hanyalah seramai 40 orang di bawah pimpinan pengetua pertama, Tuan Haji Muhammad Hj Shafie. Walaupun dalam keadaan menumpang, namun sekolah ini berjaya membentuk sekolah berpendidikan ke arah Islam sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan dan rakyat Malaysia.

Pada awal Januari 1983, SMAWP telah berpindah ke Petaling Jaya dan telah ditempatkan di bangunan sementara yang yang terletak dalam kawasan Universiti Islam Antarabangsa.  Pada tahun 1985 sekolah ini telah menerima pengetua baru iaitu Tuan Haji Mohd Yusof Abu Bakar. Beliau berkhidmat hingga akhir tahun 1985.  Pada tahun ini juga SMAWP telah menempa nama sebagai Johan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri.

Di bawah khidmat pengetua ketiga, Tuan Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad (Dato’), prestasi sekolah terus dipertingkatkan. Kementerian Pendidikan telah berusaha mendirikan bangunan di Wilayah Persekutuan, namun tidak berhasil.  Sebagai alternatif,  Kementerian Pendidikan telah memindahkan SMAWP ke Labu, Seremban pada April 1987.  Sekolah ini diberi nama baru sebagai Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) yang kemudiannya dirasmikan oleh Paduka Seri Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al Marhum Tuanku Abdul Rahman pada bulan Julai 1989. Di bawah pimpinan Allahyarham Tuan Haji Mahmud bin Mohd Rashid yang meneraju 73 orang tenaga pengajar dan sejumlah 1000 orang pelajar mula menunjukkan kejayaan sehingga menarik minat Universiti Islam Antarabagsa (UIA) dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk dijadikan sebagai sekolah anak angkat.

Seterusnya pada 16 Jun 1989 sekolah diterajui pengetua baru iaitu Tuan Haji Abu Bakar bin Lebai Mat dengan membawa banyak perubahan dan pencapaian sehingga ke peringkat kebangsaan.  Beliau kemudian berpindah ke Maktab Perguruan Islam Bangi pada tahun 1993.  Sekolah menerima Pengetua baru, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Halim   pada Disember 1994 .  Setahun kemudian beliau digantikan pula oleh Tuan Haji Paiman Bin Jemo.  Pucuk pimpinan beralih tangan sekali lagi dengan terlantiknya Tuan Haji Mat Yunoh Bin Haji Dolah sebagai pengetua pada tahun 1998.  SMAP terus mengorak kejayaan sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang digeruni ketika itu dengan menempa nama dalam pelbagai bidang.

Tuan Haji Abdullah Bin Endut menggantikan pengetua yang bersara pada tahun 2004 yang merupakan Penolong Kanan Akademik ketika itu.  Selepas bertukar, SMAP diterajui pula oleh Pengetua Cemerlang JUSA C, Puan Hajah Khuzaimah Bt Haji Sulaiman yang juga merupakan pengetua perempuan yang pertama pada tahun 2005 sehingga 13 Mac 2007. SMAP Labu di bawah pimpinan Pengetua Cemerlang terus berusaha mengembalikan kegemilangan SMAP.

Pada April 2007, Puan Hajah Radziah binti Abdul Samad dilantik sebagai pengetua ke-11. Beliau terus melestarikan usaha kegemilangan dan SMAP Labu terus mencatat sejarah apabila menghasilkan pelajar terbaik SPM 2009 peringkat kebangsaan iaitu Khadijah binti Ahmad Jais yang memperolehi pencapaian 11 A+. Seterusnya pada tahun 2011 SMAP Labu telah dinobatkan anugerah berganda iaitu pada April 2011 menerima Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan kemudian pada Mei 2011 menerima Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi. Pada tahun 2011 juga SMAP Labu telah berjaya mencatat rekod terbaik pencapaian SPM iaitu memperolehi Gred Purata Sekolah 1.45 dan menghasilkan 3 pelajar 11 A+ dan 49 pelajar semua A.  Hasil daripada keputusan yang cemerlang ini, pada tahun 2012 SMAP Labu telah menerima Anugerah Tawaran Baru Pengetua (BAI’AH) Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2013 juga SMAP Labu sekali lagi menerima Anugerah Tawaran Baru Pengetua (BAI’AH).

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

FALSAFAH SMAP LABU

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh, budaya Islam serta suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada diri, ummah dan agama.

MOTO

“Berilmu, Beriman Dan Beramal”

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT SMAP LABU

·         Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
·         Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
·         Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan

·         Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara

OBJEKTIF SMAP LABU

SMAP Labu berusaha untuk dapat:

1.             Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dan telus.
2.             Memastikan pencapaian akademik sentiasa terbaik.
3.             Membentuk sahsiah terpuji dan boleh dicontohi.
4.             Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan menjadi juara tersohor.
5.             Melahirkan pemimpin berjiwa Islam yang disegani dan dihormati.

6.             Mewujudkan iklim dini dan persekitaran sekolah yang kondusif.

PIAGAM PELANGGAN SMAP LABU

Bahawasanya kami warga SMAP Labu dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan:

  1. Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra.
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas, menarik dan  berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
  3. Memberikan bimbingan kepada pelajar untuk menjadi insan seimbang, harmoni dan boleh diteladani dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan kepimpinan.
  4. Memberikan maklum balas kepada ibu bapa mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka dari semasa ke semasa.
  5. Mengambil tindakan dalam tempoh yang munasabah bagi semua urusan rasmi :
i)                Pendaftaran pelajar dalam masa 15 minit seorang.
ii)              Laporan prestasi pelajar dua minggu selepas peperiksaan.
iii)            Borang pertukaran pelajar dalam masa 30 minit.
iv)           Mengeluarkan resit yuran melalui bank slip yang diterima daripada ibu bapa dalam masa 10 minit seorang.
v)              Pengesahan sijil / dokumen peribadi  dalam masa 30 minit.

LENCANA SEKOLAH





WARNA KUNING
Melambangkan sekolah ini tetap menghormati dan setia kepada raja dan negara.

WARNA HIJAU
Melambangkan sekolah ini berteraskan agama di samping pelajaran khusus yang lain.

BUNGA PADI
Melambangkan akhlak yang  tinggi dan mulia. 20 bunga padi melambangkan sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-20 ditubuhkan di Malaysia.  Bunga padi yang menunduk ke bawah berpandukan  resmi padi ‘Semakin Tunduk Semakin Berisi’.

BENTUK LENCANA
Bersesuaian dengan zaman sains dan teknologi masa kini tanpa meninggalkan ciri-ciri keIslaman iaitu bentuk kubah masjid.

TULISAN JAWI
Ilmu, Iman dan Amal - merupakan Moto utama penubuhan sekolah ini dalam  usaha menanam prinsip tersebut ke dalam diri setiap pelajar serta tenaga pengajar.

AL-QUR’AN                                                              
Melambangkan sumber utama dan panduan manusia dalam mencari ilmu  dunia  dan akhirat.

GEOMETRI DAN PERGERAKAN ATOM                                                                
Melambangkan pelajaran akademik turut diutamakan demi melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara.  

ANGKA 1982 - 1402


Tahun sekolah ini ditubuhkan. 

LAGU SEKOLAH



1982
Ditubuhkan dengan harapan waja
Dalam cabaran dalam rintangan
Akhirnya kau berdiri tegak megah

Melahirkan anak-anak yang berjaya
Kau cemerlang dalam segala-segala
Menjadi kebanggaan nusa dan bangsa
Generasimu intelektual ulama’

Bangun segera bersatulah
Majukan sekolah menuju jaya
Seagama, sebangsa dan sealiran
Tingkatkan kesatuan menuju ke hadapan

Berilmu, beriman dan beramal
Konsep menghadapi pembelajaran
Islam panduan maju bersama
Sekolah Menengah Agama Persekutuan







Lagu dan lirik oleh : Mohd Hafidz Khamis

SMAWP DAN SMAPL 1984-1990